Nukilan buat Sahabat Seperjuangan

0 comments
Sahabat..

Dulunya kita saling tidak mengenali,
Kini,
Allah aturkan pertemuan antara kita..
Pertemuan demi pertemuan yang membuahkan rasa kasih antara kita..
Rasa CINTA kepada Nya..
(",)

Kita saling lengkap-melengkapi..
Menampung kelemahan sesama kita..
Aku begitu bertuah kerana mempunyai seorang teman sejati seperti kalian..
Aku begitu bersyukur kerana Allah mempertemukan kita..
Dalam satu pertemuan yang sangat indah... ya’ni dalam satu perjuangan menuju redha Illahi..


Suka dan duka kita kongsi bersama..
Tika diri ini menangis, engkau turut menangis..
Bersama kekuatan ALLAH..
Tika diri ini bergembira, engkau juga gembira...
Bersama nikmat Allah..
Ya Allah, satukanlah hati-hati kami..
Dalam mendukung perjuangan menuju Mu,
Eratkanlah ikatan hati kami dalam naungan CINTAMU..

Sahabat....

Ku ingatkan sekali lagi....
dengan pertemuan pertama kita...
Tika kau dan aku masing-masing membawa diri..
Tidak aku nafikan perasaan ku tika itu..
Ingin mengenalimu... dengan lebih mendalam..




Lihatlah sekarang..

Kita mampu tersenyum dan berduka bersama...
Demi satu AQIDAH yang kita perjuangkan..

Kita umpama semut merah yang sentiasa bersama-sama...

Dalam satu perjalanan meraih CINTA ALLAH..
Dalam satu barisan perjuangan Rasulullah s.a.w..
umpama rantai-rantai yang saling berpegang teguh ..
Teguh-meneguh antara satu sama lain...

Seculit memori bisa membuat kita menangis, gembira.. dan tertawa..

Persahabatan ini bukanlah sementara.. ia membawa hingga ke syurga kekal abadi...

Di hadapan kita, sebarisan pejuang muslimin yang saling menguatkan antara satu sama lain...







Antara kita terjalin ukhuwwah didasari kerana Allah demi merencana agenda dakwah perjuangan ISLAM di muka bumi...


Bantulah kami, Ya Allah..

Hanya kepadaMu kami berserah diri...


Perjuangan ini bukanlah mengikut sekadar umur yang kami boleh pilih sampai bila.. tapi ianya berpanjangan hingga akhir hayat kami... hingga hembusan terakhir kami...



Temukanlah kami di syurga kelak ya Allah..
Jangan lah Engkau jadikan tiap-tiap dalam diri kami ini, jiwa yang lemah, hati yang berbolak-balik...bergoncang dengan hawa nafsu..

Walau di mana kami berada, satukanlah hati kami.. Jauh atau dekat.. Itulah KAMI yang akan mendukung AGAMAMu.. Menjunjung perintahMu.. Menegakkan panji-panji ISLAM..
RASULULLAH ikutan kami,
AL-QURAN panduan kami,
MATI SYAHID di jalanMU menjadi idaman kami !!

**Ana titipkan antara salah satu koleksi video kenangan yang mengusik jiwa buat sahabat2..









:: Hati Insan ::
:: 1137 ::
:: 20102010 ::

Tonton dan Hayati

1 comments

Assalamualaikum sahabat wa sahabiah yang dikasihi kerana Allah swt...
Marilah sama-sama kita tontoni video yang ana dapat daripada seorang sahabat, untuk kita ambil iktibar dan mewujudkan rasa sensitiviti pemikiran dalam hati kita sebagai seorang manusia, hamba Allah swt..
Video ini telah membuat kita berfikir sejenak.. bagaimana dengan nasib anak-anak kita.. adik-adik kita.. anak-anak saudara seIslam kita.. Dan mengapa ianya terjadi.. 

Dunia sudah semakin kontang dengan nilai-nilai kemanusiaan..  Manusia juga hilang asas-asas AGAMAnya..
Ingatlah azab Allah swt yang sedang menanti di hadapan mu.. Kita semua akan diperhitungkan.. Semuanya akan disaksikan kelak.. 'Mereka' lah yang akan menjadi saksi atas perbuatan KEJAMmu itu..!!

Selamatkan lah anak kita, zuriat kita , generasi MASA DEPAN !!

:: Hati Insan ::
:: 21102010 ::

:: 2355 ::

Berfikir sejenak...

0 comments
Subhanallah.. Maha suci Allah yang menciptakan kejadian siang dan malam bersilih ganti,
ALlah swt berfirman yang bermaksud :

"Dan sungguh,  Kami telah menciptakan langit dan bumi dan apa yang ada di antara keduanya dalam enam masa, dan Kami tidak merasa letih sedikit pun." Surah Az-Dzariyat [51:38]

menghidupkan dan mematikan sesiapa sahaja yang DIA kehendaki, memberi nikmat yang tidak putus-putus kepada hambaNya di muka bumi tidak kira sesiapa sahaja..

ALLah swt berfirman yang bermaksud :

"Sungguh, Kami yang menghidupkan dan mematikan, dan kepada Kami tempat kembali (semua makhluk) " Surah Az-Dzariyat [51: 43]



Assalamualaikum wbt,
ALhamduLillahirabbil a'Lameen wasSolatuwasSalam a'La RasuLiLLah, setinggi-tinggi rasa kehambaan ana panjatkan ke hadrat ALLAH Swt, buat junjungan kekasih ALLAH, RasuLuLLAH s.a.w, keluarga BAGINDA dan para sahabat baginda amnya, sahabat-sahabat ana yang sentiasa mengingatkan diri ana, keluarga tercinta yang sentiasa berkongsi rasa kasih dan duka, teman-teman yang telah diatur oleh Allah swt di atas izinnya kita dipertemukan walau di mana sahaja kita berada, dan tidak lupa juga.. 'bakal pendamping' setia ana yang sentiasa menunggu kepulangan ana menuju ke destinasi terakhir ya'ni alam akhirat untuk diperhitungkan segala amalan.. Insya ALLAH... Didoakan semoga ALLAH sentiasa meletakkan diri ini sebarisan dengan para pejuang SYAHID yang sentiasa inginkan kepada ISLAM demi mencari MARDHATILLAH..

Hari ini, tanggal 19 Oktober 2010, bertambah sehari lagi... usia hari... dan esok...dan seterusnya.. Inilah nikmat yang ALLAH kurniakan kepada kita sebagai hambaNYA sekaligus sebagai KHALIFAH ALLAH yang memegang panji-panji ISLAM menunggu MASA untuk dipacakkan kebenaran yang BAKAL TERTEGAK di BUMI ALLAH.. Sabarlah Wahai Pejuang, ISLAM pasti GEMILANG.. dan JANJI ALLAH pasti berlaku.. INSYA ALLAH..

Sungguh ana merasakan kesedihan yang teramat sangat.. dengan fenomena dunia zaman sekarang, di mana nilai-nilai kemanusiaan sudah hilang... Syariat ISLAM makin pupus di mata dunia.. Materialistik yang dicari, keagungan MANUSIA dikejar.. Pemimpin yang tidak berpegang pada syariat ISLAM, malah makin menegakkan KEJAHILAN & KEBATILAN.. NauzubiLLahiminzaliQ..!!

Di mana sistem Khalifah Islamiyyah yang diajar oleh Rasulullah s.a.w? Seandainya Rasulullah berada di hadapan kita buat masa ini, sudah tentu baginda akan merasa sedih.. di mana kita sendiri bagi yang melihat dengan mata hati ISLAM itu sendiri, ISLAM sedang hancur satu demi satu.. YA ALLAH...

Sedarkan kalian, musuh kita ya'ni YAHUDI sedang merencana untuk menghancurkan ISLAM di muka bumi. Sedangkan dalam Al-Quran sudah terang jelas lagi nyata, kaum YAHUDI LAKNATULLAH tidak ada tempat bagi mereka di muka bumi ALLAH ini.. YA! Kita tidak nampak bagaimanakah bentuk perancangan kaum Laknatullah itu sedang menghancurkan kita UMAT ISLAM. Ia sedang berlaku..!!
di mana sifat 'al-wahnu' sedang berlegar-legar dalam diri kita.. ya'ni sifat CINTAKAN DUNIA, TAKUTKAN MATI...

Satu contoh yang lebih senang ana ambil.. HIBURAN, sedang berlegar2 dalam minda kita.. hiburan yang berbentuk meninggalkan syariat ISLAM itu sendiri.. dengan liriknya yang membawa hati kita kepada kelalaian.. dengan muziknya yang akan mengeraskan hati kita hari demi hari.. ARGH... Malah, masyarakat kita sekarang sudah MEMENTINGKAN hiburan.. fahamilah wahai saudaraku.. dalam ISLAM tidak melarang kita untuk berhibur, tetapi biarlah kena pada syariatnya.. antara matlamat kita hidup di dunia, bukan kita boleh berbuat sesuka hati.. bergoyang sana sini tanpa segan silu, menjerit terpekik2 bagai nak gila, berpakaian yang tidak senonoh(kononnya gaya fesyen terkini).. Minta maaf ana katakan begini.. inilah fenomena yang berlaku.. Ya! Anda boleh katakan anda mempunyai idola artis yang digemari.. Lihatlah pada artis yang anda idolkan.. adakah artis itu membawa kita kepada mengingati TUHAN.. yang sentiasa membawa kita menuju ke arah kebaikan.. Artis itu juga manusia, dan artis itu juga akan dihisab di padang mahsyar kelak.. Sedarilah!!

Lihatlah kepada sistem sosialiti masyarakat di negara kita sekarang.. setiap hari kita sentiasa mendengar di dada akhbar.. kes-kes bunuh, buang bayi, rogol, culik.. dan sebagainya.. Malah rasuah di kalangan pemimpin yang sepatutnya menjadi contoh kepada kita.. Inikah yang kita mahu!? Ana tidak mengkhususkan kepada parti politik yang ada di negara kita.. Ana ingin membawa sahabat-sahabat berfikir sejenak.. Kes-kes tersebut mungkin tidak berlaku di sekeliling kita sekarang.. tapi adakah kita tidak mempunyai rasa simpati atau sensitiviti masyarakat kepada kes-kes yang disebut tadi sedang berlaku dalam dunia zaman sekarang...? Bagaimana kita hendak mewujudkan sebuah negara yang DIBERKATI ALLAH.. Di mana ISLAM itu diamalkan 100% .. Sistem Khilafah Al-Islamiah dipraktikkan dalam sistem pentadbiran negara MALAYSIA..! Pasti anda tidak mahu ia terjadi kepada keluarga dan diri kita serta sekeliling kita.. 

Ana cuma ingin membawa sahabat2 berfikir dan bukan mahu menjelaskan bagaimana sepatutnya lagi dengan terperinci.. Berfikirlah selagi akal kita masih dikurniakan pemikiran yang waras... Selagi Allah masih mengurniakan nikmat AKAL seperti logiknya yang perlu ada pada seorang manusia.. Banyak lagi fenomena yang sedang berlaku pada zaman kini. Kita sendiri boleh lihat, di tempat kerja kita, di rumah khususnya.. anak-anak generasi kita.. yang akan menerajui masa depan.. Terimalah hakikat seandainya MASA DEPAN anak-anak generasi masa kini akan semakin ROSAK sekiranya kita sendiri tidak berikhtiar untuk menyelamatkan nya.. Sudah tentu sahabat-sahabat pernah mendengar, sekiranya kita hendak melihat generasi zaman akan datang, lihatlah generasi masa kini.. yang akan memimpin negara. Kita akan sentiasa akan melihat kehancuran demi kehancuran.. sehinggalah tibanya hari PENGHITUNGAN kelak..















~Berfikirlah, think of it !!

Wallahua'lam

:: Hati Insan ::
:: 1212 ::
:: 19102010 ::

Terlalu lama aku menyepi bersendirian...

0 comments
Assalamualaikum wbt,
ALhamduLillahi rabbil 'alameen, wasSollatuwassalam 'ala RasuliLlah, Segala puji-pujian diri ini panjatkan rasa kesyukuran dirafakkan setinggi-tinggi nya, PENCIPTA dan PEMILIK diri ini yang masih dan sentiasa 'hidup' dalam saff perjuangan dan menjadi sebahagian daripada rantai2 perjuangan RASULULLAH hingga akhir hayat penghujung hidup ini... Seinfinity DOA dipanjatkan moga Allah sentiasa meletakkan diri ini sebarisan dengan para pejuang SYAHID yang sentiasa menginginkan ISLAM dalam menuju keredhaanNya.. Insya ALLAH..

AlhamduLillah syukur ke hadrat Illahi, Allah hadiahkan sahabat wa sahabiah yang sentiasa bersama2 diri ini dalam mengharungi SAMUDERA kehidupan yang berliku, KELUARGAku yang tercinta yang sentiasa berkongsi rasa kasih dan duka untuk diri ini, dan teman-teman sekeliling yang telah diatur oleh Allah swt dipertemukan walau di mana berada, dan juga 'bakal pendampingku' yang setia menunggu sehingga suatu saat pasti tiba masanya.....

Telah lama rasanya diri ini, tidak menulis... terlalu lama.... sehingga hati ini meronta-ronta rasanya ingin menyumbangkan sesuatu dalam penulisan yang telah lama kutinggalkan..Tulisan diri ini, tidaklah sehebat mana2 penulis yang bisa merungkai kata2 sehingga tercapai maksudnya.. Ketahuilah diri ini masih banyak yang perlu dipelajari... Mohon maaf ku titipkan buat sahabat2 yang sentiasa mengingatkan.. SYUKRANILLAH!!

Lebih kurang dekat setengah tahun rasanya, diri ini tidak meluangkan masa sesungguhnya dengan 'blog' yang telah lama menyepi... Pesanan daripada chatbox daripada sahabat2 kesayangan.. membuatkan diri ingin menulis.. Ana pernah berjanji, dan janji itu harus ditunaikan... Insya Allah.

Apabila teringat kembali, jika dulu.. masa ku diperuntukkan untuk belajar dan menuntut ilmu sehinggalah satu masa diri ini diuji..dan kini diri ini berada di alam realiti berhadapan dengan pekerjaan.. demi mencari REZEKI kurniaan ALLAH..

Dan kini diri ini sedang melalui fasa kehidupan membina diri kembali setelah menempuh kegagalan demi kegagalan.. Syukur ya ALlah, Allah masih mengurniakan kekuatan yang tidak disangka2.. walaupun ujian itu bakal melemahkan jiwa.. Subhanallah.. Ya! Ujian itu juga mengenalkan ana kepada erti HIDUP.. Semuanya terletak dalam tangan kita(genggaman), sama ada kita BERJAYA ATAU.... keGAGALan KECIL yang kita tempuhi di dunia... Inilah khilaf ana.. KeGAGALan BESAR itu bakal kita tempuhi di 'SANA' bagi hambaNya yang sentiasa LUPA akan tanggungjawab nya di bumi ALLAH ini... Nauzubillah!

Tidak perlulah ana ceritakan semuanya di sini kisah2 yang lalu.. Kerana ALLAH itu Maha berkehendak.. DIA sahaja Yang MAHA TAHU, mana yang Terbaik buat kita sebagai hambaNya.. Allah swt yang tidak lepas2 menguji kita.. Syukur Ya Allah, teringin rasanya ana kongsikan buat sahabat2, di mana UJIAN itu bukan letaknya pada akal kita bagaimana untuk menyelesaikannya... tapi ia terletak pada KEKUATAN HATI, bagaimana kita menempuhnya dengan penuh REDHA.. Subhanallah, betapa Allah cinta dan kasih pada hambaNya yang sentiasa mengingatiNya dan di dalam hati itu, penuh dengan debu2 suci yang sentiasa mengharapkan keREDHAan ILLAhi... Insya Allah!!

Sehingga kini, ana masih dalam proses pembelajaran mengenal halatuju HIDUP yang perlu ana uruskan langkah demi langkah... bukan merancang seperti yang kita biasa rancang di atas KERTAS KERJA... tapi.. ianya sebuah jalan yang terbentang luas yang Allah buka untuk kita..selagi mana kita berpegang pada SYARIATNYA.. Begitu jua dengan diri sahabat2 yang masing2 nya kita mempunyai UJIAN yang berbeza sama ada dalam kesenangan atau keperitan..
Peritnya sesuatu UJIAN itu, jangan dihindar.. tapi tempuhilah ia.. biar hati terasa pedih sekali untuk ditelan.. pahit untuk dirasa dengan lidah.. dan SAKIT untuk ditanggung dengan hati..

Kita biasa mendengar.. "Hidup ini umpama roda yang berputar, ia boleh berada di atas, dan tiba masanya ia akan berada di bawah.." Seperti putarnya roda itu, begitu jualah putarnya kehidupan kita sebagai manusia.. Kadang2 kita akan merasa kita berada di atas.. di mana semuanya SENANG untuk kita.. dan kadang2 juga.. kita merasa kita akan berada di bawah.. di mana semuanya SUSAH untuk kita.. dan ketika itu jualah.. lunaknya hati yakni IMAN kita itu yang sentiasa mengharapkan kebergantungan pada Allah swt..

Ya Allah...
Sahabat2 yang kucintai,

jika ingin merasa manisnya madu UJIAN itu, sentiasalah ingat ALLAH..
jika ingin merasa pahitnya hempedu UJIAN itu, sentiasalah ingat ALLAH..

Tika ini juga, kita diuji.. diuji dengan kata2.. diuji dengan kemewahan, kepangkatan, kesenangan, kesihatan, kenikmatan dunia yang sangat INDAH dipandang dengan mata.
Peringatan ini, ana titipkan buat buat diri ana, sahabat2 yang sedang dalam kepayahan dan kesenangan..

:: Hati Insan ::
:: 15:52 ::
:: 18102010 ::